Ahli Lembaga Pengarah
Chief Executive Officer
DATO’ HAJI ABUL KHAIR BIN HAJI SAAD
Merupakan seorang yang bercita-cita besar dan mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam bidang IT, pengurusan dan pemasaran. Beliau merupakan graduan dalam Teknologi Maklumat (Information Technology). Beliau pernah menerajui beberapa syarikat pemasaran dan telah berjaya mencatatkan keuntungan yang besar.
Pengalaman beliau dalam menguruskan syarikat telah membawa beliau bersama rakan-rakan kongsi menubuhkan syarikat AGROTECH CORPORATION SDN. BHD. dan AGROTECH HOLDING SDN. BHD. yang menumpukan kepada aktivit pengilangan produk ‘OEM’ dengan mengeluarkan produk makanan dan minuman kesihatan berasaskan herba serta produk makanan lainnya.
Seterusnya, atas minat dalam bidang pemasaran tanpa batas, beliau dan rakan kongsi telah menubuhkan VEARICH INTERNATIONAL SDN. BHD. yang memfokuskan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM). Beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran DATO’ pada tanggal 19 Zulhijjah 1434 bersamaan 24hb Oktober 2014.
Chief Operating Officer
DATO’ NAZRI BIN HJ ZAKARIA
Merupakan seorang graduan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan mendapat ijazah dalam bidang Bacelor Sains (Perniagaantani) pada tahun 1992. Beliau juga telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1991 oleh Yang Dipertuan Agung semasa mengikuti program PALAPES di UPM.
Telah menceburkan diri dalam perniagaan dan jatuh bangun sejak dari tahun 1994 hingga sekarang. Bersama rakan kongsinya beliau telah menubuhkan syarikat AGROTECH CORPORATION SDN. BHD. dan AGROTECH HOLDINGS SDN. BHD. yang menumpukan kepada aktiviti pengilangan ‘OEM’ dengan mengeluarkan produk makanan dan minuman berasaskan herba serta produk makanan kesihatan yang lainnya.
Beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’ pada tanggal 29 Zulhijjah 1435 bersamaan 24 October 2014.
Atas minat yang mendalam dalam bidang MLM, beliau bersama rakan niaga menubuhkan VEARICH INTERNATIONAL SDN. BHD. dengan tujuan dan hasrat murni iaitu untuk bersama dengan rakyat Malaysia khasnya serta masyarakat dunia umumnya bagi mengembangkan perniagaan dan maju bersama-sama dengan cara Jualan Langsung atau MLM
Chief Finance Officer
DATIN HJH AZLINA BINTI HJ AHMAD
Datin Hjh Azlina Binti Hj Ahmad merupakan seorang wanita yang menjadi tonggak kejayaan suami iaitu Dato’ Hj Abul Khair Bin Hj Saad dan beliau juga merupakan rakan kongsi di beberapa syarikat.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan kewangan dan sumber manusia.
Merupakan seorang yang tegas dan berprinsip. Beliau bertanggungjawab dan memastikan pengurusan dan perancangan kewangan Vearich International Sdn Bhd berjalan lancar.
Chief Relation Officer
TUAN AZLI IZWAN BIN ABU SAMAH
Tuan Azli Izwan Bin Abu Samah, anak kelahiran Negeri Melaka lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan berpengalaman luas lebih 22 Tahun dalam pelbagai bidang & sektor organisasi syarikat di Malaysia dan juga pernah berkhidmat disektor awam kerajaan.
Beliau juga berpengalaman baik mentadbir urus syarikat dalam bidang yang berkaitan terutama disektor jualan & pemasaran, khidmat pelanggan, pembinaan, telekomunikasi, automotif, hospitaliti, fesyen dan Syarikat Tempatan Kerajaan Malaysia (GLC).
Seorang yang sangat komited, bercita-cita tinggi dan sentiasa memastikan kejayaan bersama Vearich International Sdn Bhd berada ditahap yang tinggi, proaktif, maju & kekal berkembang luas di pasaran global di seluruh pelusuk dunia.
Chief Developement Officer
TUAN ARIFF ISMAIL@SIFU ARIFF
Merupakan seorang yang berpengalaman Luas Dalam bidang Training dan Industri
Network Marketing.
Beliau mempunyai pengalaman Didalam bidang Networking selama 23 Tahun
dan Pernah mempunyai Rangkaian hampir 20,000 org diseluruh Asia.Kepakaran
beliau Didalam bidang Latihan dan Business Coaching